Monday 7 November 2016

RESEPI MEE REBUS PERAK

SUMBER DARIPADA :http://www.myresipi.com/recipes/5123-mee-rebus-perak

                Bersempena dengan saya yang sedang belajar di UPSI Tanjung Malim, Perak, saya ingin berkongsi resepi istimewa mee rebus di sini. 




BAHAN BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMASAK MEE REBUS PERAK

1 paket mee dicelur
3 biji keledek sederhana besar
10 tangkai cili kering
segenggam udang kering
1 sudu besar gula merah atau gula putih
garam secukup rasa
1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih dikisar bersama
3 batang sawi, dipotong dan dicelur
3 keping tauhu digoreng dan dihiris
2 biji telur direbus
2 tangkai daun bawang dipotong halus
2 tangkai cili merah dihiris halus
garam secukup rasa
1 mangkuk kecil kacang tanah(goreng tanpa minyak dan kisar)


CARA CARA UNTUK MEMASAK MEE REBUS PERAK
  1.  Keledek dikupas kulitnya dan dipotong kecil untuk senang empuk. Cili kering, udang kering dan keledek direbus dalam periuk bersama 1 liter air. Rebus selama 30 minit.
  2.  Sesudah empuk, sejukkan dan tapiskan.Kemudian kisar dalam blender bahan-bahan yang direbus tadi bersama 2 cawan air.
  3. Menyediakan Kuah: Panaskan sedikit minyak dalam periuk sederhana besar semuat untuk kuah mee. Masukkan bawang yang dikisar, goreng hingga garing, kemudian masukkan bahan yang diblender tadi.Sambil itu masukkan 1 liter air jika kuah terlalu pekat.
  4. Masukkan kacang tadi kacau dan biarkan mendidih dengan api sederhana. Kemudian masukkan garam secukup rasa, gula putih dan gula merah. Biarkan mendidih dalam 15 minit untuk kuah cukup masak.
  5. Boleh dihidangkan mee tadi dengan sawi celur, telur rebus, hirisan daun bawang dan cili serta tauhu goreng dan tuangkan kuah kedalam mee tadi. Sedia untuk dimakan.

PRINSIP PRINSIP ASAS SENI REKA

SUMBER DARIPADA : PUAN NUR ATIQAH BINT AZNON
VED 3043 - SENI REKA FESYEN

KESEIMBANGAN


Keseimbangan simetri :sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah



Keseimbangan tidak simetri: tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.



KEHARMONIAN



Melibatkan susunan atau ulangan mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik.
Ulangan garisan, rupa,bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu
Menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata



KESATUAN


Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
Menjadikan hasil rekaan kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna 
Kesatuan dapat menimbulkan rekaan yang kelihatan tenteram, teratur dan selesa.




KONTRA


Mempunyai ciri-ciri bertentangan atau bercanggahan dalam suatu gubahan. 
Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan



IRAMA DAN PERGERAKAN


Mengaplikasikan prinsip pergerakan dalam menghasilkan irama dan suasana yang tertentu dalam rekaan
Menimbulkan kesan visual yang lebih hidup, realistik dan berkesan.
Pergerakan  ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar 



KEPELBAGAIAN


Kombinasi pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam suatu gubahan hasil daripada perlanjutan, gayaan dan kontra dalam penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan.
kepelbagaian digunakan untuk menimbulkan nilai estetika yang tidak membosankan.
kepelbagaian juga boleh menimbulkan kontra.



Sunday 6 November 2016

SIMBOL-SIMBOL POLA & FUNGSINYA

SUMBER DARIPADA : PUAN SHUHAILA BINTI NAHRAWI
VCD3023 - POLA PAKAIAN


IRA LURUS

Panduan  arah kedudukan  pola semasa meletakkan pola pada permukaan fabrik.
Dihasilkan memanjang pada permukaan pola.
Penghasilan ira lurus mengikut kesesuaian pola serta fabrik yang hendak digunakan.


TANDA LIPATAN

Simbol ini kelihatan serupa dengan simbol ira lurus.
Simbol kepada lipatan kain iaitu fabrik perlu dilipat dua  semasa mengunting fabrik.
Pola diletakkan tepat pada garisan lipatan kain.


GARISAN TENGAH HADAPAN (GTH) & GARISAN TENGAH BELAKANG (GTB)

Menandakan garisan bagi garisan tengah hadapan dan garisan tengah belakang badan. 
Garis lurus dan menegak ke bawah bahagian depan dan belakang pada pola pakaian.


GARISAN MENGUNTING

Dihasilkan sama garisan putus-putus atau garis lurus disertakan dengan imej gunting. 
Menandakan tempat yang tepat di mana  perlu memotong sekeping pola tersebut.


GARISAN JAHITAN

Garisan dihasilkan halus dan  putus-putus. 
Menunjukkan garisan jahitan di mana bahagian yang perlu dijahit


GARISAN BASI JAHITAN

Menunjukkan jarak antara garisan potongan pola dan garisan  jahitan


GARISAN PELARASAN

Mempunyai dua  garisan tebal. 
Garisan pelarasan menunjukkan tempat yang terbaik di atas sekeping pola di mana pola pakaian itu boleh dipendekkan atau dipanjangkan. 


NOTCHES 

Simbol segi tiga atau berbentuk berlian biasanya dipaparkan secara satu,  dua atau tiga.
Bertujuan untuk membantu semasa proses menjahit bagi mencantumkan keping pakaian yang sama atau yang berbeza yang perlu dijahit bersama-sama.


DOTS / DOTTED

Menandakan tanda atau titik sepadan perletakan pada pola.
 Contoh, perletakan  kocek pada permukaan pakaian


LISU 

Terdiri daripada lisu sembung dan lisu cekung.
Berbentuk segi tiga dan memanjang.
 Menggambarkan kawasan yang perlu ditambah dan menjahit. 
Menunjukkan titik tepat pada pola di mana garisan keluk badan.


LUBANG BUTANG DAN PERLETAKAN BUTANG

Tanda yang dihasilkan pada pola bagi menunjukkan kedudukan lubang butang dan kedudukan butang.
X adalah tanda kedudukn butang
Tanda kedudukan lubang butang perlu dihasilkan mengikut kesesuaian ukuran butang yang hendak digunakan.


KEDUDUKAN ZIP / BELAH PAKAIAN

Sebagai penanda kedudukan zip pada permukaan pola
Saiz simbol adalah  panjang zip sebenar yang hendak digunakan pada pakaian.


LIPATAN LISU / PLEATS

Tanda arah lipatan lisu  hiasan yang hendak dihasilkan pada pakaian


KEDUTAN

Menunjukkan bahagian tersebut perlu dikedutkan semasa menjahit.
Garisan beralun dan arah anak panah menunjukkan arah kedutan perlu dihasilkan.







Sunday 30 October 2016

HTML marquee Tag PENDIDIKAN EKONOMI RUMAH TANGGA
 

Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates